RSS

Sunday, June 28, 2009

SpAcE UTM.

Blk dari Chini..aku cuma masuk ofis sehari jer. Ari Khamis ngan Jumaat tu, aku ada kursus NIOSH. Kursus safety... Pg jumaat tu aku dah get ready ngan beg baju sbb ptg tu around kol 6 ptg aku kena gerak ke JB. nasib baik, ari jumaat tu kursus abis awal. After test, aku terus keluar. Abg E yg hntr aku kt Puduraya. Member aku Ani, tggu aku kt sana. Emm..lama gak tak g JB. Lama gak aku tak jumpe ngan Zura. Ex-roomate aku masa belajar kt PJB.





Aku mmg dh lama nk trn sana..nk tgk keadaan mak Zura. Kebetulan plak kena daftar SPACE kat UTM Skudai..so..blh ambik kesempatan ni.





Kitrg smpi kt Larkin around kol 11pm. Zura ngan member dia dh tggu aku kat sana. Zura bwk aku mkn kt Tampoi kebetulan aku ngan Ani mmg dh lapar. Aku cuma smpt mkn tghari jer. Ptg tu dah la sejuk n hujan skali...




Ni la Mee Gulung yg aku order. Sedap gak...



Mlm tu, smpi2 jer terus mandi ngan sembahyang ktrg terus tdo. X smpt nk berborak pun ngan Zura sbb pg2 lagi nk gerak ke UTM utk mendaftar.


Sempat lg bergmbar sementara tuk tggu mendaftar kat DSI,UTM.


Ktrg selesai mendaftar around kol 12.30pm. Soo..aku kol Abg Rie suruh ambik aku kat UTM ni. kebetulan plak dia MC, penat kenduri aritu tak habis lagi katanyer... Smpi jer kat rmh Abg Rie kt Tmn Universiti ni, K.liza tgh buat donat kentang. Haha...aku siap call K.liza suruh buat donat kentang dan ruper2nyer dia mmg betul2 buat. Byk plak tu.. Terharu aku... Lepas siap smbhyg ngan mkn tghari, Abg Rie hntr semula aku ngan Ani tuk daftar course plak. Akhir dlm kol 4.30pm ktrg selesai mendaftar. Fuh..lega akhirnyer sume selesai.


Ptg tu sepatutnyer Zura dtg ambik. Tp K.liza ajak stay rmh dia dulu...so..Ktrg lepak rmh Abg rie ptg tu.. mlm tu Abg rie baru hntr aku kat rmh Zura kat Gelang Patah. Sebelum tu ktrg g mkn kat Stulang ngan g jln kat Danga Bay.



Aku ingat lagi kenangan dulu..masa zaman2 belajar dulu aku follow zura ngan member2 kelas pelancongan dia buat interview. Masa tu Danga Bay ni blm siap sepenuhnye. Kitrg jln kaki rasanya dah tawaf hmpir separuh bandar JB ni. Ye la bayangkan, dari KTMB, Masjid Sultan Abu Bakar smpi la kat area Pantai Lido kitrg redah... Haha.. smpi2 jer kat rmh Zura, baru sumer org mengadu sakit kaki...penat tak ingat. Emm..kenangan..



Mlm kedua kat rumah Zura pun tak sempat berborak ngan dia. So...pg2 lg aku menjeguk mak Zura. Sedih aku tgk keadaan makcik Kamsatun. Bayangkan org yg kita tgk cergas seblm ni..tetiba menjadi seperti seorg budak kecil. Sume keperluan dia Zura ngan adik beradik dia yg uruskan. Makan minum dia cuma susu yg disyorkan oleh doktor..4 jam sekali melalui tiub. Hanya terbaring, cuma sekali sekala jer duduk atas kerusi roda. Ya Allah..aku x tau aper yg patut aku tlg, aku hanya mampu berdoa semoga makcik cepat sembuh dari penyakit " Brain Disorder" ni. Menurut Zura, mak dia pengsan semasa tido..dan terus koma. Selepas dia sembuh dari koma, dia x mampu bercakap seperti org lain...
Ptg tu, Zura hntr aku ngan naik bas kat Larkin. Terima kasih Zura atas pertlgn ni. Semoga ko tabah menghadapi qada' dan qadar. Mgkn ada hikmah diatas semua pengorbanan yg ko lakukan ni......

0 comments:

Post a Comment