RSS

Friday, June 18, 2010

Huhu...Aku Xcident

Pertama kali aku bersyukur kepada Allah aku tak ada kecederaan yg serius. Alhamdulillah cuma kecederaan kecil sahaja. Siku dengan tapak tangan aku jer yang luka. Kecederaan lain takde cuma bengkak dibahagian pipi kanan saja. Kaki takde cedera langsung.. emm mcm Azua kata, mgkn malaikat sambut. Ye la, salah aku juga keluar masa Maghrib. Ingatkan lepas balik keje, keluar beli brg jap, baru nak balik rumah. Tp, dah menda nak jd kan.. Kejadian ni berlaku berhampiran dgn Pejabat Pos Manjung, berhadapan dgn Bus Station.

Kebetulan pulak masa aku berlanggar tu, ambulans pertahanan awam lalu dijalan yang sama. Terus aku dibawa ke Emergency Room kat Hsptl Manjung. Tp yg paling aku tak puas hati, tuan keta yang aku langgar tu lari dr tpt kejadian...

Mula2 selepas aku di X-ray, Dr. syak tulang rahang pipi bhgn kanan aku patah. Kemudian dia minta aku buat X-ray sekali lagi. Siap panggil Dr. Azua dari Klinik Pergigian Manjung datang. Tp alhamdulillah takde pape. Cuma bengkak saje.

Esoknye, lepas ambik motor dlm Pejabat Pos aku hntr motor ke kedai utk dibaiki dan terus ke balai polis tuk buat laporan. Aku pergi tghari utk wat report, tp diminta bawak motor aku utk diambik gmbr oleh salah sorang staff polis trafik wanita yg bertugas pd masa tu. Lepas tu ktrg pegi la kt kedai motor tu semula, tp hampa sbb motor aku sdg dibaiki.. Dlm kul 6 ptg, aku pegi semula ke Bahagian Trafik. Bila aku buat laporan pada sarjan kat situ senang jer x perlu ambil gmbr pun...huh..wat penat aku jer banyak kali berulang alik ke balai polis.. Lega rasanya bila segala galanya dah selesai.

Lepas kejadian ni, yang paling penting aku tau yang ramai org yang sayang kat aku...terutama my family,my friendz... and my fiance. Thanks to K.As ,housemate aku yg paling banyak membantu aku...


Aku yang terluka. Huhu...




Motor aku yang rosak & tercalar....

0 comments:

Post a Comment