RSS

Monday, April 5, 2010

Menembak Jatuh Piring

Ptg Khamis..Kak Anom call utk ajak aku join dia g menembak hari Ahad 4/4/10. Aku siap tanya, nak main paintball ke? K.Anom bls, takde la jemputan menembak utk Rejimen kat Taiping. Mula2 aku taknak pegi sbb next Monday aku ada Final Exam litar. Tp bila pk2 kan semula, bila lg nk dapat peluang mcm ni, so aku setuju la utk join.
Pagi ahad, awal2 lg aku, K.Nor b'kumpul kat rmh K.ida. Dalam kul 7, ktrg gerak ke Padang Lapangan Sasar kat Kem Taiping.

Kat sana kami diberi dulu penerangan mcmana nak guna senapang M16 seberat 2.4kg dengan peluru hidup tau! Tak sangka tul aku rupa2 ada p'tandingan menembak antara kumpulan. Perempuan ada 9 kump. Yang kelakarnya nama kump ktrg En. Hasnee namakn kump ktrg Manjakini. Emm...nasib baik tak Manjakini. Hehe....

Bergmbr dulu sblm menembak. Kiranya cam ambik feel dulu..


Pertama kali aku menembak, gabra la juga. Nasib baik ada 'pengasuh' disebelah mengajar apa yg patut. Aku pertama kali tembak cuma dapat jatuhkan 1 piring. Utk perempuan jaraknya cuma 100m berbanding dgn lelaki 200m.

Aku main tembak jer..bkn nmpk sgt target tu....

Hehe...dengan tak disangka2, akhirnya kump aku berjaya merangkul tempat kedua....Hehe bangga la sekejap.

Ni la hadiah yang aku dapat. Tahniah Kump Manjakini!!!